Di antara ke empat novel saya, CCT merupakan novel yang paling dekat di hati saya. Hampir keseluruhan watak di dalam novel ini merupakan kenalan rapat saya. Ada bekas pelajar saya, teman rapat yang sentiasa dekat di hati saya.
Semuanya bermula apabila Ridzuan, bekas pelajar saya, yang katanya menjadi pelajar ketika dia di tingkatan 3 di SMK Tunku Putra, Langkawi. Sejujurnya, saya sudah tidak dapat mengingati beliau. Maklumlah, tempoh tersebut sudah berlalu hampir 14 tahun atau 15 tahun yang lepas. Apatah lagi, pelajar tingkatan 3. Saya tentu tidak dapat mengingati pelajar2 saya. Jika pelajar tingkatan 6, lebih mudah diingati kerana mereka lebih rapat dengan guru seperti saya!
Kebetulan saya mendapat tahu, Ridzuan yang dipanggil Wan, bekerja pada masa tersebut dengan GAMUDA, syarikat yang melakukan banyak projek MEGA di Malaysia. Dan pada masa itulah, idea atau ilham saya menyentuh tentang jurutera, iaitu Saiful dan Wan sendiri sebagai pekerja dalam GAMUDA. Dari TEROWONG, idea saya mencambah menjadi sebuah kisah kehidupan.
Katrina hanyalah watak ciptaan saya kerana kebetulan nama ini sama seperti taufan KATRINA yang membadai Amerika Syarikat! Natrah yang saya gambarkan dalam karya saya ini merupakan bekas pelajar tingkatan 6 saya. Sudah berkahwin dan baru sahaja memndapat cahaya mata bukanlah seorang 'gadis' yang tidak berkahwin seperti yang saya gambarkan. Rupanya yang saya gambarkan, berhidung manjung, berkulit cerah dan menawan.
Aishah, Kak Nordian dan Farhnaz pula, yang menjadi jiran mereka merupakan seorang teman rapat saya. Tidak banyak bercakap, penyabar seperti yang saya gambarkan dalam CCT. Aishah adalah bayangan teman-teman rapat saya yang tidak dapat saya nytakan satu persatu. Di tempat kerja saya, merekalah sumber kekuatan saya. Di masa-masa sukar, MEREKA sentiasa berdampingan dan mengurangkan beban fikiran dan perasaan saya!
VIMMI YASMIN juga salah seorang teman rapat saya. Kebetulan ketika masih tercari-cari latar novel, saya mendapati Vimmi adalah warga Taiping, yang saya masukkan ke dalam latar CCT. Ironinya, semuanya berjalan selari dengan idea saya. Kebetulan demi kebetulan yang berkembang menjadi sebuah cerita yang panjang. Kebetulan vimmi terlibat dengan sukarela bersama 'gelandangan' yang saya masukka juga dalam cerita saya.
Adduha pula bekas teman sekerja saya di Langkawi. Seorang guru yang sememangnya berbakat besar dalam seni lukis. Daripada kebolehannyalah saya kembangkan cerita dia sebagai pelukis profesional. Dan watak Manisah, saya cipta selaras dngan mimpi Adduha sebagai LABU dan LABI. Dan Manis dikenali sebagai MANIS dalam CCT. Dan cerita Adduha yang saya ilhamkan dengan rasa CINTA yang maha hebat dan perasaan tidak mahu kehilangan isterinya menjadikan dia berat untuk menerima akan kehilangan Manisnya! Ironinya, siapa yang sebenarnya kehilangan CINTA sebenar?
Shahrizan yang berada di Rom adalah seorang teman yang sudah agak lama dikenali melalui blog dan fb. Dan ini bukan kali pertama Izan berkoliborasi bersama saya. Dalam Cinta Sikunang-kunang, dia telah memberi kerjasama yang sebaiknya bagi menjayakan watak hero Itali dalam novel tersebut. Dan kali ini, saya ilhamkan lokasi rumah Izan sebenarnya sebagai tempat Duha membawa diri ketika hatinya dilukai semasa seorang wanita yang dia sukai berkahwin. Sengaja saya cipta Duha dan Izan sebagai sepupu. Dan Izan sebenarnya berperanan besar dalam menjadi 'master piece' dalam menamatkan CCT dalam harmoni dan 'happy ending'...
Dan tidak lupa untuk senarai bekas pelajar saya Ersyad, Erving, Jonathan dan Wan Anis Jasmin yang sentiasa menjadi mendorong saya untuk menulis. Kisah memori bersama mereka merupakan sebahagian kenangan manis dalam kerjaya saya.
Dan saya berharap CCT bukan sahaja akan menjadi kenangan manis untuk saya, saya berharap nukilan ini akan menjadi sesuatu yang manis untuk pembaca juga. Mana tahu, di masa hadapan, nama anda pula akan saya nukilkan bersama dalam naskah daripada hati saya!
Dan tidak lupa untuk senarai bekas pelajar saya Ersyad, Erving, Jonathan dan Wan Anis Jasmin yang sentiasa menjadi mendorong saya untuk menulis. Kisah memori bersama mereka merupakan sebahagian kenangan manis dalam kerjaya saya.
Dan saya berharap CCT bukan sahaja akan menjadi kenangan manis untuk saya, saya berharap nukilan ini akan menjadi sesuatu yang manis untuk pembaca juga. Mana tahu, di masa hadapan, nama anda pula akan saya nukilkan bersama dalam naskah daripada hati saya!
Terima kasih sekalung budi kepada semua sahabat saya yang menjadi ILHAM kepada penulisan CCT ini. CCT akan sentiasa dekat di hati saya selamanya.
CCT bukan sekadar sebuah cinta biasa. CCT berilhamkan watak yang benar-benar ada di alam maya yang luas ini... ceritanya berilhamkan idea saya.. nama mereka menyatu dalam cerita...



No comments:
Post a Comment