Sunday, August 4, 2013
Selamat Hari Raya Aidil Fitri.
Hajat di hati mahu menghantar kad Hari Raya (fizikal) kepada semua sahabat, tetapi kosnya agak tinggi sehingga boleh menjadikan saya menggarukan kepala atau sehingga kepala saya botak. Jadi terimalah kad elektronik/foto sebagai ganti.
SELAMAT HARI RAYA, MAAF ZAHIR BATIN; Buat semua sahabat FB. (kalau tidak dapat kad, terimalah saja, kad elektronik..hehehe) PETIKAN CINTA CAPETOWN MUKA SURAT 164. Akan datang selepas HARI RAYA AIDIL FITRI.
Sahabat,
Persahabatan sewangi durian,
Buahnya berbau wangi, seenak rasanya.
Seulas durian yang enak, manis bersari di mulut, terasa enak di kerongkong.
enaknya terasa, bagaikan melekat lama di lelangit.
Sahabat, mestilah sewangi durian.Enak.
Boleh diperlakukan sebagaimana pun, bersama garam menjadi tempoyak,
Bersama gula, menjadi lempuk.
Bagaikan kehidupan manusia,
Ada masanya terasa masin,
Ibaratnya, ketika mengalami kesusahan,
sahabat mestilah dapat membantu.
Jika di saat kemanisan, ibaratnya bagaikan gula,
semuanya mesti bersatu juga.
Persahabatan biarlah sewangi durian.
Biarpun lama dimakan,
baunya masih segar di mana-mana, tersebar ke seluruh alam.
Rasanya yang enak pula, bagaikan menjadi
Satu petanda aras keenakan yang tidak boleh dilupakan sampai bila-bila...
NORA ISMA FUAD.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment