SINOPSIS
Miguel de Unamuno pernah berkata, “It is sad not to love, but it is much sadder not to be able to love.” Kehadiran cinta kepada kehidupan manusia sering menjadikan kita hidup dalam fantasi atau memorabilia berbanding dengan realiti. Andai ditanya, adakah ini sebuah kisah cinta? Jawapan saya. Kisah ini bukan sekadar kisah cinta, malah inilah kisah kehidupan.

CINTA boleh membawa kepada sifat ‘obses’ yang akhirnya mencetus kepada
kehancuran spiritual! Obsesi terhadap kekasih membawa percaturan hidup kepada
Katrina, isteri Saiful.Katrina juga dalam masa yang sama, terlalu obses dengan
memorabalia masa lalunya; tersepit antara penyesalan dan realiti! Begitu juga
seorang pelukis berbakat, Duha yang terlalu obses terhadap Manisah, isterinya, yang sudah
lama dia kenali sejak zaman persekolahan lagi!Kehilangan isterinya secara
tiba-tiba menjadi misteri sehinggalah dia akhirnya menyedari, dia terlalu hidup
dalam fantasinya sendiri.
Di manakah penghujung ‘simpulan’ yang
mereka temui?
Berbekalkan nilai kekeluargaan yang utuh & persahabatan yang tiada
ternilai, Natrah, Vimmi, Ridzuan, Shahrizan membantu Saiful dan Duha kembali
‘menempatkan’ cinta dalam ruang kehidupan mereka. Dan siapa kata, cinta tidak
boleh ditemui?
No comments:
Post a Comment